Friday, December 4, 2009

Terfikirkah aku.....?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Lame gak aku x update blog ni...emm,hari ni aku nk cite ckit pasal hubungan...hubungan ngan Allah,dan hubungan sesama manusia...

kdg2 kite sgt menjaga hubungan kite ngan Allah tp kite lupa pd hubungan kite sesama manusia...dan terkadang2 kite menjaga hubungan kite dgn manusia tp kite lupe pd hubungan kite dgn Allah...tp lbh teruk lg,org yg x menjaga langsung hubungan dgn Allah apatah lg hubungan dgn manusia...

aku cite la ckit ape yg aku tau ttg hubungan kite ngan Allah...
dlm bahasa yg mudah di fahami, lakukan ape yg Allah suruh dan tinggalkan ape yg Allah larang..
mudah kn..?tp pd hakikatnya,adakah benar ianya mudah...?

aku nk cite ckit,tp klu salah cite aku ni,sape2 yg kenal aku,tlg btolkan...
pd suatu hari,malaikat jibril ditunjukkan 2 jalan,maka dia pon melalui 1 jalan,jalan itu penuh dgn keindahan,kenikmatan,dan bermacam2 kesenangan,akan tetapi di akhir jalan tersebut neraka yg di temui...maka terkejutlah jibril...lalu,jibril pon melalui jalan yg 1 lg...jalan tu penuh dgn kepayahan,kesusahan,sgt berliku dan mencabar...tp di akhir jln tersebut syurga yg di temui...maka jibril bertemu dgn Allah,lalu berkata,wahai Allah,sekiranya beginilah keadaannya jalan yg akan di lalui oleh manusia,aku risau,ramai yg akan melalui jalan yg mudah itu...

tgk...bkn senang nk ikut ape yg Allah suruh...tp lg susah nk tinggal ape yg Allah larang...

aku masuk plak pd hubungan sesama manusia....
dalam al-quran Allah telah berfirma (maksudnye lbh krg):
"Peliharalah diri kamu dan ahli kamu (sesetengah tafsir sebut keluarga,sesetengah sebut pengikut) dari api neraka"

Rasul juga ada bersabda (mafhumnya):
"Setiap dari kamu adalah pemimpin,dan setiap dari kamu akan di persoalkan tentang ape yg dipimpin"

terfikirkah kite...mmg benar setiap kite adalah bertanggungjawab atas ape pon yg ade di sekiling kite...seorang suami,akan di tanya tentang isterinya dan anak2nya...seorg ketua,akan ditanya tentang anak2 buahnya...seorg yg tidak ada apa2 pun akan ditanya tentang anggota bdnnye sendiri adakah dia gunakan utk kebaikan atau keburukan...

di akhirat nanti,keadaan manusia adalah seperti dalam 1 kapal yg sedang karam,semua akan berpaut pd apa yg boleh menyelamatkannya dr tenggelam bersama kapal tersebut..kayu,tong,safety jacket,hatta org yg di sebelahnya sekalipun akan ditarik asalkan dpt menyelamatkannya dari karam...
mcm 2 la gak kite di hadapan Allah nanti...seorg isteri yg akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan amal soleh,akan mengadu pd Allah dan menyalahkan suaminya jika suaminya tidak pernah mengajarnye solat,menyuruhnya solat...maka dgn suami tu skali masuk neraka...wlupon si suami tu seorg yg menjaga hubungannya dgn Allah...seorg yg byk amal ibadahnye...itulah keadilan yg Allah tentukan..setiap kite adalah bertanggungjawab ke atas sesiapa yg berada di sekeliling kite...

ustaz yg mengajar aku pernah bgtau pd student2..."awak semua,klu bgn subuh tu tlg2 lah kejutkan kwn2 awak yg liat nk bgn...klu awak bgn,solat subuh,sedangkn kwn awak trus lena hingga luput waktu dan awak biar je,x kejutkan pon,buat xtau je...bersedialah di hadapan Allah nanti,bile dia di tanya kenapa x solat subuh,die akan jwb,die tertidur,dan dia mmg tidak bersalah kerana dia mmg tidak sedar,maka Allah akan bertanya ade sesiapakah yg bersamanya ketika itu..dia akan jwb awak yg ada dana awak tidak mengejutkannya utk same bgn dan solat...ape yg awak nk jwb di hadapan Allah nanti...?klu awak dh kejutkan,tp die x bgn,dia akan ckp kenapa kau x gerakkan bdn aku..?kenapa kau x tarik aku..?kenapa kau x siram aku dgn air..?kenapa,kenapa dan kenapa...mampukah kite nk menjawab semua soalan tu dihadapan Allah nanti...?jadi ustaz nasihatkan,ambil tahu ttg org yg berada di sekeliling kite..."

aku cite semua ni bknnye ape...cume aku nk mengingatkan diri aku...sbb aku ni selalu lupa...sambil2 ingatkan kwn2 yg sudi nk bace...

Wallahua'lam....

Monday, November 16, 2009

PERINGATAN BERSAMA....

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.
Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.
Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.
Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.
Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.
Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.
Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.
Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.
Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.
Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.
Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.
Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”
Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.
Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.
SEMOGA DIRI INI MENGERTI DAN MENJAUHI DENGAN SEPENUH HATI, INSYA`ALLAH.

Note: di ambil dari blog seorang sahabat.

Monday, November 2, 2009

Hadith Nabi....

Dari Abdullah r.a katanya:”Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri nabi s.a.w berdoa:”Ya Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku, Rasulullah s.a.w dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda nabi s.a.w :”Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya serta rezeki yang sudah dibahagi-bahagikan yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tak dapat diundur sedikit juapun dari waktu yang telah ditetapkan sejak mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur itu lebih baik dan lebih bagus.”
(Muslim)



Sumber: JAKIM (www.islam.gov.my)

Monday, October 26, 2009

Qiamullail......

Dari Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t ( 'rahmat Allah' ) akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. - Hadith dari Imam Muslim.

wahai awaludin...
sedar lah betapa besarnya kasih sayang Allah pd hamba2nya...hinggakan setiap mlm Allah menanti2 doa mu,rayuan mu,pengharapan mu,yg perlu kau panjatkan hanya pd Allah..wlupon kau tahu,tidak layak utk mu meminta pd Allah,namun Allah dgn kasih sayangnya menanti2 utk kau kembali pd nya..xmalukah kau,membuat dosa di siang hari dan dapat tdo lena di malam hari...?x malukah kau,dgn segala nikmat yg Allah beri pd mu,tp kau gunakan bkn untuk tujuan ketaatan,malah kau gunakan untuk perbuatan dosa...?x malukah kau,masih lg di beri peluang oleh Allah untuk kembali,namun kau masih lg leka dgn dunia yg sementara...?x malukah kau mencari cinta selain Allah,sedangkan kau tahu cinta Allah itu cinta yg sejati...?

wahai awaludin....
ingat lah siapa diri mu..ingat lah tujuan mu di hantar ke dunia ini..untuk apa...?untuk mengabdikan diri pd Allah...dalam setiap yg aku lakukan,dalam setiap yg ingin kau katakan,tanya la pd diri mu "jika aku lakukan ini,adakah Allah redha pd ku...?adakah perkataan ku ini mengundang redha Allah atau murka Allah...?"
ingat la,sesungguhnya tiada yg lbh utama dr redha Allah...

wahai awaludin...
ingat lah sebuah kisah seorg abid yg telah beribadat 80 thn dlm hidupnya..lalu Allah matikan dia,dan Allah berfirman pd nya..."masuk lah ke syurga ku dgn rahmat ku" maka abid itu berkata "wahai Allah,kenapakah kau memasukkan ku ke dalam syurga mu dgn rahmat mu,mengapa bkn dengan amalanku..?" lalu Allah menyuruh malaikat mengira amalan abid itu dan di bandingkan dengan nilai hanya sebelah mata yg Allah beri pdnya...apabila di kira,ternyata amalan 80 tahun yg di lakukannya itu sedikit pon x dpt menyamai atau membayar nilai nikmatnye mata yg Allah beri...Allah berfirman "wahai abid,memandangkan amalan mu tidak dpt membayar nilai 1 nikmat yg aku beri pd mu,maka tidak layak la kau masuk ke syurga ku dgn amalan mu..maka siap kan la diri mu ke neraka" lalu menangis la si abid dan merayu kpd Allah agar di masukkan ke dlm syurga dgn rahmat Allah..lalu Allah perkenankan...

wahai awaludin...
amalan yg byk pon belm tentu menjamin mu ke syurga,apa lg dgn amalan mu yg sedikit cuma...rebut la peluang yg ada...gunakanlah kesempatan yg ada untuk megabdikan diri pd Allah..untuk mendapatkan redha Allah...kerana redha Allah itu lah segala2nya buatmu...


p/s: renungan ini khas untuk Mohd Awaludin Bin Mohamed Bashir.
moga2 Allah lembutkan lidahku dgn zikrullah,moga Allah lembutkan hati ku dgn kalamullah....amin....

Wednesday, October 21, 2009

Renungan

Bersabda rasul junjungan kte Muhammad sallahu alaihi wasallam (mafhumnya):
"Ingat la 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit.
2. Mase lapang sebelum mase sibuk.
3. Muda sebelum tua.
4. Kaya sebelum miskin.
5. Hidup sebelum mati.

bile aku teringat hadis ni,aku mule terkenang ape yg dh aku buat selama ni. adakah aku telah pergunakan kesempatan yg aku ada dgn sebaik-baiknya..? adakah aku termasuk org2 yg beruntung atau di kalangan org2 yg rugi..? ketahuilah bahawa amat beruntung lah org yg dpt memanfaatkan ke lima-lima kesempatan waktu yg ada.

manusia biasanya xtahu nikmat sesuatu sehinggalah die kehilangan nikmat itu. contohnye sihat,kdg2 kite x sedar pon bahawa sbnrnye sihat tu adalah 1 nikmat.kite bleh mkn ape kte suke,bleh pergi mane2 kte nak,bleh buat ape yg kte rase kte mampu wat,dan kdg2 kite lupe pd Allah..kte x bersyukur pon dgn nikmat sihat tu,kte x gunakan pon nikmat sihat tu ntok perbanyakkan amal..pelik kan..?

tapi bile dh sakit,dh x bleh wat sesuka hati,xbleh mkn itu ini,barula mulut tu ringan je sebut "Allah.....Allah.....Allah....sakitnye Ya Allah...." mase tu la br nk buat amal byk2...nk zikir byk2..nk ingat Allah byk2...padahal mase tu la bdn dh x larat...mase sihat dulu xnk buat,bile dh sakit br la menyesal..

sedar x kite,sbnrnye byk nikmat yg Allah bg pd kte wlupon kte x minta...contoh plg mudah la kn..buang air...xkire la air kecik ke air besar..senang je buang kn..rase nk buang,p je toilet,buang je..padahal kte xdepon doa pd Allah supaya bg kte mudah buang air..tp Allah bg gak..Allah mudahkan je wlupon kte x minta pon..Subhanallah,byknye nikmat yg Allah bg,tp kte x sedar pon..kte selalu kufur dgn nikmat yg Allah bg..kte selalu x bersyukur dgn nikmat2 Allah..kte yg x malu ni selambe je wat dosa pd Allah...sedangkan Allah bg mcm2 nikmat pd kte..sedangkan Allah sentiasa melihat kte...sedangkan Allah sentiasa dengar perkataan kte...sedangkan Allah tau ape dlm hati kte..x malu nye kite ni kn...?

kte kene cube tanamkan dlm diri bahawa kte ni sbnrnye ciptaan Allah yg sgt kerdil...sgt byk kelemahan dan kekurangan..kte sebenarnye yg sgt2 memerlukan Allah...Allah x perlukan kte pon..klu Allah nk binasakan dunia dan segala isinya bile2 mase pon Allah mampu dan berkuasa ntok melaksanakannya...tp dgn sifat rahman dan rahim Allah lah kte masih lg bernafas skang ni..masih sayang pd kte ni yg selalu lupa...masih bg peluang ntok kte kembali pd Allah smpai tahap klu kte dh nk mati pon,tp kte sempat bertaubat,Allah tetap terima taubat kte...kasih sayang Allah tu tiada penghujungnya...xde limit sayang Allah pd kte..tp kte...?

pd suatu hari saidatina Aishah melihat Rasulullah solat mlm smpai bengkak kaki..maka Aisyah pon bertanya, wahai rasul mengapakah kau bersusah2 siang dan malam beribadat pd Allah..bukankan kau adalah kekasihnya dan sudah di sediakan tempat mu di syurga...?baginda menjawab dgn lembut...salahkah aku menjadi HAMBA yg bersyukur....?

cube kte renungkan...rasul sebut HAMBA...dgn segala yg rasul lakukan,betapa baiknya akhlak rasul,semata-mata untuk menjadi HAMBA ALLAH...adakah kte ni layak menjadi HAMBA ALLAH klu itulah ukuran yg harus kte gunakan...tp sesetengah org ade gak yg berckp..."sapelah kte nk di bandingkan dgn nabi..nabi tu maksum..."

mmg la nabi maksum,kn nabi tu contoh ikutan yg TERBAIK ntok kte..so,klu begitula caranya ntok menjadi seorang HAMBA..apakah alasan kte ntok tidak mengikut apa yg Rasulullah buat...?sape kte ni...?adakah taraf kte same dgn nabi...?dh la dosa bertimbun2,sombong plak tu..xnk plak ikut benda yg baik...ish2,hinanye la kte ni kn...?

marila kte muhasabah balik diri kte..apa sbnrnye tujuan kte di lahirkan ke dunia..ape sbnrnye matlamat kte di akhir nanti..dunia ni hanyalah sementara..mgkn luse,mgkn sok,mgkn sekejap lg,mgkn sesaat lg kte akan dipanggil pulang oleh Allah...di mana kte xdpt nk tunda2 lg...xdpt nk lambatkn sesaat,xdpt nk cepatkan sesaat pon..itula perkara yg PASTI akan dtg pd bila2 masa...persoalanya, bersediakah kte....?????????


p/s:renungan ini di tujukan khas untuk mohd awaludin bin mohamed bashir....harap maklum.